photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Sunday, July 15, 2012

Perginya Saintis Halal Pertama Dunia, Prof Datuk Dr Yaakob Che Man

Almarhum Prod Datuk Dr. Yaakob Che Man
“Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” 

[Surah Ali 'Imran 2:185]

"Makluman. Prof Yaakob telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.45 petang. Jenazah akan dikebumikan selepas Solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Sg. Merab Luar. Al-Fatihah"

Demikianlah SMS yang diterima ketika saya berbicara dengan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Dr. Lokman Ab Rahman di Kelab Tasik Putrajaya semalam.

Pemergiaannya adalah satu kehilangan besar kepada negara.

Sungguhpun saya tidak berpeluang berkenalan rapat dengan Almarhum, tetapi sebagai perunding dan eksekutif  halal kehilangannya memang benar-benar dirasai.

Kemajuan industri halal negara memang banyaknya dari hasil tangan Almarhum. Dunia memandang dan menghormati Malaysia kerana standard halal yang sistematik dan realistik.

Beberapa fakta berkenaan Almarhum Prof Datuk Dr. Yaakob Che Man :

  1. Pengasas Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM.
  2. Saintis Halal pertama dunia
  3. Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2010
  4. Penerima Anugerah Halal Kebangsaan
  5. Penerima Anugerah Harta Intelek Negara
  6. Penerima Anugerah Khawarizmi daripada Pertubuhan Penyelidik Iran

IKTIRAF...Menerima anugerah daripada KDYMM Tuanku Halim
BERJASA...KDYMM Sultan Sharafuddin selaku Canselor UPM sampaikan anugerah kepada Almarhum
IPPH...Almarhum menunjukkan sesuatu kepada Ketua Pengarah JAKIM
Semoga Allah meletakkan Allahyarham dalam golongan para solihin atas sumbangan dan jihadnya dalam memartabatkan Islam (melalui bidang halal) di seantero dunia.

Al-Fatihah.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Perginya Saintis Halal Pertama Dunia, Prof Datuk Dr Yaakob Che Man"